Thursday, 10 November 2011

Guru oh Guru

ditujukan khas buat semua warga pendidik di negara ini..
sajak yang dicipta oleh Seniman Negara yang terkenal
~Allahyarham Usman Awang (12 July 1929-29 November 2001)~


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG

1979

Monday, 7 November 2011

Strategi Pelaksanaan Program Permata Minda



STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA MINDA


LANGKAH 1

v Mengubahsuai kelas, membentuk 4 stesen dan membina modul untuk setiap stesen.


LANGKAH 2

v Murid-murid diberi ujian diagnostik bagi mengesan daerah kelemahan mereka.

LANGKAH 3
v Murid-murid di kelaskan ke dalam 4 stesen mengikut tahap  
    penguasaan mereka.

STESEN 1:

*    Kemahiran:

1)   Huruf-huruf kecil a-z

2)  Huruf-huruf besar A-Z

3)  Huruf-huruf Vokal a e i o u

4)  Suku kata kv

5)  Perkataan kv+kv/ayat mudah

6)  Perkataan dua suku kata v + kv/ayat mudah

7)  Perkataan kv+kv+kv/ayat mudah.


Strategi pelaksanaan Stesen 1

Ø Diperingkat ini huruf kecil diberi keutamaan.
Ø Latihan seterusnya ialah latihtubi mengeja suku kata kv menggunakan vokal yang sama.
Ø Perkataan kv+kv menggunakan pola vokal yang tersusun dapat membantu murid mengeja dan membaca perkataan dengan mudah.
Ø Di stesen ini juga murid diajar mengeja perkataan menggunakan teknik ‘Tanam Memori’.
Ø Menggunakan system token.
Ø Murid akan berpindah ke stesen 2 bila sudah menguasai semua kemahiran di stesen ini melalui ujian yang dijalankan.

STESEN 2


*    Kemahiran:

8)        Perkataan kvk

9)        Suku kata kvk

10)     Perkataan v+kvk

11)                Perkataan kv+kvk

12)               Perkataan kvk+kv

13)               Perkataan kvk+kvk

14)               Perkataan kv+kv+kvk

15)               Perkataan kvk+kv+kvk

16)               Perkataan kvkk

17)               Suku kata kvkk

18)               Perkataan kv+kvkk

19)               Perkataan v+kvkk

20)              Perkataan kvk+kvkk

21)               Perkataan kvkk+kv

22)              Perkataan kvkk +kvk

23)              Perkataan kvkk+kvkk

24)              Perkataan kv+kv+kvkk

25)              Perkataan kv+kvk+kvkk

26)              Perkataan kvk+kv+kvkk

27)              Perkataan kvkk+kv+kvk

28)              Perkataan kv+kvkk+kvk


Strategi Pelaksanaan Stesen 2


*    P&p menggunakan beberapa modul yang telah disusun semula secara sistematik  berpandukan rancangan pengajaran yang disediakan.(Bacepat,Asbalis,Bacalah Sayang,Jayabaca)
*    Latihtubi mengeja suku kata menggunakan pola vokal yang sama memudahkan murid untuk mengingat.
*    Di peringkat ini murid-murid mengeja perkataan menggunakan teknik ‘Tanam Memori’.
*    Guru menyediakan latihan interaktif yang bersesuaian dengan pencapaian murid.
*    Menggunakan system token.
*    Murid-murid ini akan berpindah ke stesen 3 bila mereka sudah menguasai kemahiran ini melalui ujian yang disediakan.


STESEN 3

*    KEMAHIRAN:

29)               Perkataan yang melibatkan Diftong Dan Vokal Berganding

30)                 Perkataan Yang Melibatkan Huruf Konsonan Bergabung.

Strategi Pelaksanaan Stesen 3

vMenggunakan modul yang telah disusun secara sistematik (Bacepat,Asbalis,Bacalah Sayang,Jayabaca)
v Diperingkat ini murid diberi latihtubi mengeja  dan membaca perkataan yang mengandungi perkataan konsonan bergabung dan vokal berganding.
v Menggunakan system token.
v Murid –murid ini akan berpindah ke stesen 4 bila mereka sudah menguasai kemahiran ini melalui ujian yang disediakan.

STESEN 4

*    KEMAHIRAN:

31)               Membaca Dan Membina Ayat

32)              Bacaan Dan Pemahaman

Strategi Pelaksanaan Stesen 4

ü Merupakan stesen yang istimewa dan terakhir.
ü Di stesen ini murid-murid diberi latihan membaca dan menyalin petikan sebagai pendedahan kepada penulisan karangan.
ü Murid ini juga berpeluang membaca cerita di tapak perhimpunan.
ü Penilaian dibuat dengan cara murid membaca 10 buah buku cerita dan menulis di dalam buku Nilam.

LANGKAH 4

v Murid-murid menjalani ujian di setiap stesen mengikut  
    kemahiran yang telah ditetapkan.

LANGKAH 5

v Murid-murid yang berjaya berpindah stesen akan diberi hadiah. Piala pusingan akan diberikan kepada murid-murid  yang berjaya balik ke kelas perdana.






Inovasi Pemulihan khas


Tajuk  Kaedah : Permata Minda


Ø MATLAMAT:

Program Permata Minda disediakan sebagai satu program yang dapat membantu murid – murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Setelah mengikuti program ini  adalah diharapkan sifar murid buta 2M di tahun 6 walaupun murid kritikal dan murid-murid tahap 1 yang normal dapat menguasai kemahiran asas seperti berikut:

*    Mengenal abjad
*    Boleh mengeja dan membatangkan perkataan.
*    Boleh membaca ayat.
*    Memahami apa yang didengar/dibaca.
*    Boleh mengeluar idea sendiri.
*    Boleh menulis semula apa yang dibaca.

ØOBJEKTIF:

Objektif Am:

v Dapat memberi keyakinan diri kepada murid-murid untuk berusaha dengan lebih tekun.
v Menarik minat murid untuk belajar di dalam stesen masing-masing.
v Murid bersaing antara satu sama lain untuk berpindah ke stesen yang lain.
v Murid-murid dapat menguasai kemahiran di setiap stesen secara lebih sistematik.

Objektif Khusus:

Setelah mengikuti program ini adalah diharapkan:
Ø Sifar murid di stesen 1 pada bulan Februari.(kecuali murid kritikal/khas)
Ø Sekurang-kurangnya 5 orang murid berjaya melepasi wajaran dalam Ujian Standard Pelepasan Pet 1 Fasa 1 & 2 dan balik ke kelas perdana.
Ø Semua murid sekurang-kurangnya berada di stesen 4 pada bulan Jun.(kecuali murid kritikal/khas)
Ø Semua murid dapat dipulihkan sepenuhnya pada bulan Oktober.(kecuali murid kritikal/khas)

ØLATAR BELAKANG:

Program Permata Minda merupakan satu program yang berbentuk motivasi untuk merawat kesukaran belajar atau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan.Kebiasaannya murid-murid ini dibahagikan ke dalam kumpulan mengikut penguasaan kemahiran.Kaedah kumpulan biasa menyebabkan murid-murid ini mudah jemu kerana mereka terpaksa menguasai semua kemahiran dalam satu jangka masa yang panjang.Berbeza dengan program ini kerana ia menggunakan kaedah stesen, dimana murid-murid dibahagi kepada 4 stesen.Setiap stesen akan mempelajari kemahiran-kemahiran yang telah ditentukan.

Contohnya:
·        Stesen 1                kemahiran 1-7
·        Stesen 2                Kemahiran 8-28
·        Stesen 3                Kemahiran 29-30
·        Stesen 4                Kemahiran 31-32


Jadual waktu Tahap 1 dan tahap 2 adalah sama.Murid-murid akan belajar dalam stesen masing-masing 
sehingga mereka berjaya menguasai semua kemahiran di dalam setiap stesen.Murid-murid ini akan
merasakan kejayaan apabila mereka berjaya berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain.

Penilaian akan dibuat di dalam setiap stesen untuk menentukan tahap penguasaan murid bagi setiap 
stesen sebelum berpindah ke stesen yang lain.Modul yang digunakan adalah dari pelbagai modul sedia
ada yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian murid.Program ini dapat memberi motivasi kepada murid
untuk bersaing antara satu sama lain dan berusaha untuk berpindah ke stesen seterusnya.

Teknik yang digunakan dalam program ini adalah ‘Teknik Tanam Memori’.Teknik ini menggunakan
objek atau jari semasa murid mengeja perkataan.Program ini juga menggunakan system token, dimana 
murid-murid boleh mengumpul mata ganjaran dan menukarnya dengan hadiah di stesen masing
masing.Murid –murid yang berjaya berpindah ke stesen lain akan diberi hadiah.Piala pusingan akan 
diberi kepada murid yang berjaya menguasai semua kemahiran di stesen 4.

ØIMPLIKASI

Program ini memberi kesan yang positif.Murid-murid aktif dan berusaha untuk berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain.Ini bermakna mereka dapat menguasai kemahiran disetiap stesen dengan baik.

Seramai 7 orang murid atau 67% berjaya dipulihkan.Murid-murid yang kritikal kini    berada di dalam stesen 3 dan 4 dan di akhir program ini adalah diharapkan semua murid celik 2M.

Data murid-murid pemulihan mengikut stesen

Bulan/
stesen
S 1
S 2
S 3
S 4
Juml murid
catatan
Jan
2
11
-
-
13

Feb
1
9
3
-
13

Mac
1
7
5
-
13

April
1
6
-
5
12
Seorang murid pindah
Mei
1
5
1
-
7
5 orang murid balik ke kelas perdana
Jun
-
4
-
2
6
Seorang murid ke kelas pend khas
Jul
-
4
-
2
6

Ogos
-
2
2
-
4
Dua orang murid balik ke kelas perdana
Sept
-
-
2
2
4

Okt







ØKOS PELAKSANAAN

Kos pelaksanaan bagi program ini sangat minimum.Guru menyediakan sendiri kad-kad huruf/kad-kad perkataan/kad-kad ayat/latihan interaktif/lembaran kerja menggunakan peralatan PPSMI yang dibekalkan oleh kerajaan.

Anggaran Perbelanjaan

No
Bahan
Kuantiti
Kos
1.
Kertas manila kad
    30 x 0.60
     RM  18.00
2.
Kertas keras
      2 x 2.50
     RM    5.00
3.
Double side tape
      1 x 3.50
     RM    3.50
4.
CD
      1 x 3.00
     RM    3.00
5.
Kertas warna
    20 x 0.60
     RM  12.00
6.
Peralatan stesen

     RM 300.00
7.
Hadiah dan penghargaan

     RM   50.00

Jumlah

     RM 391.50


Segala perbelanjaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak sekolah.

ØPENUTUP

Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran biasanya tiada keyakinan diri dan tiada motivasi untuk belajar. Kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza.

Sebagai seorang guru pemulihan saya perlu lebih kreatif untuk menarik minat murid ini  untuk belajar.Mengajar mengikut kumpulan biasa menyebabkan murid cepat jemu dan kurang daya saing.

Program ini berjaya memberi murid-murid motivasi untuk belajar kerana mereka sentiasa bersaing untuk berpindah ke stesen yang lain.Keyakinan diri murid-murid ini juga bertambah kerana mereka selalu diberi penghargaan.Program ini juga dapat memberi saya motivasi kerana saya dapat lihat perkembangan anak didik saya mengikut stesen yang mereka duduk.

Saya akan meneruskan Program Permata Minda ini kerana ianya memberi kesan yang sangat positif kepada proses p&p.Saya juga berharap Program ini dapat dicontohi oleh kelas-kelas pemulihan yang lain.